Sakura's Diary
Love Me Like You Do Lyrics!  
Giveaway Berlangsung!  
Pandora Murah! 
Mr. Nuffnang

Reader(s)




 Silent Reader(s)

Refresh Owner Tutobies Contact Me

Chit Chat





Follower




Joined Giveaway


My Bloglist



Age of My Blog !

Daisypath Anniversary tickers
Thanks

Template by Azzahra
Codes by Nurul Atiqah
Edited by Sakura


Oreo Cupcake

Oh! Hi! Hari ini Sakura tidak tahu mahu tulis entry apa.. Sorry lambat sikit update, sebab tengah perah otak fikir idea untuk buat novel, hehe ^_^ Okaylah Sakura buat entry ini tentang masakan, cakap pasal makanan.. Sakura lapar la pula~ Okay jum tengok menu hari ini ! Menu hari ini ialah ......

OREO CUPCAKE !

Oreo cupcake ?? Sedap tu~ Okay jum tengok bahan-bahan dan stepnya..

Bahan-bahan untuk membuat cupcake 

40gm Biskut Oreo | hancurkan
250gm tepung gandum | diayak bersama 1 sudu teh serbuk penaik
2 biji telur
90gm mentega | cairkan
180ml susu segar
100gm gula kastor
1 sudu teh esen vanila
12 keping mangkuk kertas
Bahan untuk buat aising
120gm mentega
200gm gula aising
1 sudu teh esen vanila

Cara-caranya ::
1. Pukul telur dan gula sehingga kembang di dalam mangkuk adunan.
2. Kemudian, masukkan esen vanila dan mentega yang telah dicairkan. Adun sebati.
3. Selepas itu, masukkan pula susu segar. Gaul sebati.
4. Masukkan tepung dan serbuk penaik yang telah diayak bersama ke dalam adunan. Gaul rata.
5. Kemudian, masukkan biskut oreo yang telah dihancurkan ke dalam adunan kek. Adun sebati.
6. Paipkan adunan ke dalam mangkuk kertas. Bakar pada suhu 200°C selama 20 minit atau sehingga masak.
7. Untuk membuat krim aising pula, pukul mentega, gula aising dan esen vanila di dalam sebuah mangkuk sehingga ia kembang. Sapukan krim aising ke atas kek cawan sehingga rata.
8. Letakkan sekeping biskut oreo ke atas kek cawan sebagai hiasan.
9. Sedia dinikmati.

Semoga berjaya ya !! ** Sorry tiada gambar ~ Sakura busy sangat-sangat hari ini..