Sakura's Diary
Love Me Like You Do Lyrics!  
Giveaway Berlangsung!  
Pandora Murah! 
Mr. Nuffnang

Reader(s)




 Silent Reader(s)

Refresh Owner Tutobies Contact Me

Chit Chat





Follower




Joined Giveaway


My Bloglist



Age of My Blog !

Daisypath Anniversary tickers
Thanks

Template by Azzahra
Codes by Nurul Atiqah
Edited by Sakura


Projek 1 Dapur Untuk 1 Keluarga - Misi bantuan fasa ke-3 mangsa banjir pantai timur

PROJEK 1 DAPUR UNTUK 1 KELUARGA - Misi Bantuan Fasa ke-3 Mangsa Banjir Pantai Timur (UPDATED)

notakaki: updated perjalanan projek dan pembelian dilampirkan di bahagian bawah, selepas "details project"  atau boleh follow FB saya di  https://www.facebook.com/merlynhasshim  untuk laporan terkini PROJEK 1 DAPUR UNTUK 1 KELUARGA ini. 

Entry ini telah disenarai pendek  untuk contest  #givealittle  #ambank  dan sokongan anda amat dialu-alukan seandainya ada kelapangan utk "votes" projek ini di link ini-> - vote for 1 dapur untuk 1 keluarga


semua posting/entry berkenaan PROJEK 1 DAPUR UNTUK 1 KELUARGA boleh rujuk di link di bawah  ini http://merlynhasshim.blogspot.com/search/label/projek%201%20dapur%201%20keluarga






DETAILS PROJECT: 


Cadangan bantuan " membina semula kehidupan" .

Pembelian satu set dapur beserta regulator dan hose utk setiap keluarga. Total 1 set= RM84, free shipping. Boleh beli direct dekat link yang diberi di bawah. Boleh request utk poskan ke pusat pengumpulan sumbangan/dana yang akan kita bincangkan nanti. ( basically persendirian, bukan ngo atau mana-mana persatuan mahupun arti politik ) . Kita target kalau dapat 20 set, 20 keluarga dah boleh terima bantuan dapur ini.

Cadangan pembelian:









So siapa yang berminat nak join, boleh bagi nama dan anda order sendiri dan bayar sendiri nanti ek, lepas tu suruh shipping pada alamat yang telah kita tetapkan di bawah.

Buat masa skang, saya rasa the best volunteer person utk kita serahkan dapur ini ialah group Raja Shamri . Saya telah berhubung dengan dia dan memberitahu projek kita dan akan kita alamatkan terus padanya nanti bila kita nak buat order. Skang ni kena fikir jugak logistik dan saya rasa Lazada paling senang sebab dia boleh pos direct ke alamat yang kita nak.

So pilihan, sama ada anda nak direct order terus dekat website Lazada atau melalui saya, terpulang. Tapi saya nak confirmkan berapa ramai nak join dulu supaya kita tahu berapa bilangan yang akan dihantar nanti. Sebolehnya, saya memang nak elak dari mengutip duit, sebab tu saya fikir bila anda direct order dari website Lazada, lagi senang. Tapi bagi yang tak ada atau malas nak bukak akaun Lazada, saya boleh tolongkan.

Siapa berminat, boleh tinggalkan email di ruangan comment atau boleh email saya terus di SINI atau PM di FB INI . Sasaran kawasan bantuan ialah di kawasan yang terjejas teruk dan saya tak boleh specific kawasan yang mana, itu kita serahkan pada volunteer sebab mereka lebih tahu di mana kawasan yang diperlukan. Memandangkan sekarang dah masuk fasa ke -tiga, bantuan makanan dan pakaian memang saya tak nak buat la, fokus projek ini hanyalah untuk 1 dapur untuk 1 keluarga.



Saya dah dapat reply dari Raja Shamri malam tadi, jadi alamat yang akan kita gunakan untuk pos ialah:

Raja Shamri Raja Husin
Golden Minds Consultant
PT587 ,Tingkat 1 Wakaf Lanas,
Jalan Pasir Puteh-Kota Bharu,
16800 ,Pasir Puteh,
Kelantan.


hp no: 0173872232



100% pembelian projek 1 dapur 1 keluarga ini akan diserahkan kepada mangsa banjir di kawasan yanag akan ditetapkan oleh team volunteer Raja Shamri sendiri nanti. Kita cuma akan buat pembelian dan minta dihantar ke alamat yang telah diberikan di atas. Kalau sesiapa nak join, minta maklumkan pada saya untuk tujuan record, jadi kita dapat tahu dari mana sumber datang. Kalau anda nak buat pembelian sendiri, make sure dekat nama dan alamat pengirim copy paste sahaja yang kat atas . Shipping address make sure anda add new shipping address, jangan alamat ke rumah anda, nanti siapa nak hantar ke sana pulak. Atau kalau anda masih tak faham, saya boleh tolong orderkan nanti guna akaun lain. 


Anda boleh folow Raja Shamri di sini untuk mengetahui perkembangan terkini misi bantuan mangsa banjir yang sudah masuk ke fasa 3. 

Projek ini 100% dikendalikan oleh saya, so boleh direct tanya saya jika ada kemusykilan 

Merlyn Hasshim
merlynhasshim@yahoo.com
FB: Merlyn Hasshim



Jgn mintak no whatsapp, sebab saya tak ada smart phone. 



Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca . Semoga sumbangan kecil kita ini dapat meringankan beban mangsa banjir di Kelantan. Saya mewakili seluruh rakyat Kelantan mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada semua individu yang menyertai misi PROJEK 1 DAPUR UNTUK 1 KELUARGA . Anda semua memang terbaik!  #givealittle  #ambank 


TERKINI





sumber gambar dari FB Raja Shamri , set dapur gas yang telah selamat tiba di pusat banjir ( kotak biru yang tersusun tinggi) 


21 jan 2015, jam 4.19 pm 

Budget bertambah, dari RM77 kepada RM84, sebab kena tukar brand lain. mana yang dah terbayar tu, its ok, saya akan top up pakai duit saya sendiri atau pakai voucher ker. cuma utk pembayaran akan datang ni kena bagi RM84 la. saya updated balik produk yg bakal di beli di bawah

Sekarang kita dah ada 32 stok berbayar yang dah selamat di order di Lazada .

Di sini saya attach kan bukti pembelian di bawah yang telah dibayar di LAZADA MALAYSIA untuk tujuan record. Anda juga boleh follow saya di FB untuk perkembangan terkini PROJEK 1 DAPUR UNTUK 1 KELUARGA

https://www.facebook.com/merlynhasshim


REKOD PEMBELIAN : 



 Order pertama

 Order kedua



order ketiga


 order keempat


order kelima



order dari acc Crystal Lam 


order dari Jaycee Ng

order keenam