Sakura's Diary
Love Me Like You Do Lyrics!  
Giveaway Berlangsung!  
Pandora Murah! 
Mr. Nuffnang

Reader(s)




 Silent Reader(s)

Refresh Owner Tutobies Contact Me

Chit Chat





Follower




Joined Giveaway


My Bloglist



Age of My Blog !

Daisypath Anniversary tickers
Thanks

Template by Azzahra
Codes by Nurul Atiqah
Edited by Sakura


Penjagaan Sempurna Rambut

Selain penggunaan produk penjagaan rambut, anda juga perlu tahu kekerapan membasuh rambut boleh menentukan kesihatan rambut. Mengikut tinjauan dijalankan jenama syampu tempatan pada tahun 2013, laporan menunjukkan nisbah seorang daripada tiga wanita tidak mencuci rambut mengikut kekerapan bersesuaian. Laporan dilakukan terhadap 1000 orang wanita itu juga menunjukkan tidak mencuci rambut kerana khuatir rambut sudah didandan akan kembali kusut. Sama ada anda bertudung atau tidak, rambut yang sihat dan terurus penting untuk memberi keyakinan. Rambut sihat dan bersih membuatkan diri terasa sempurna, bebas daripada masalah rambut termasuk kulit kepala gatal serta keguguran yang cukup membimbangkan.
Pilih syampu karya nutrisi
Mengikut pendapat pakar dandanan, Patrick Melvile, rambut yang sihat dan cantik perlu dicuci sekurang-kurangnya TIGA kali SEMINGGU. Beliau diilaporkan berkata, kekerapan itu bagaimanapun bergantung kepada keadaan kulit kepala individu dan tekstur rambut yang dimiliki. "Sekiranya kulit anda cepat berminyak, rambut perlu dicuci setiap hari bagi menyingkirkan sisa kotoran yang tidak sihat." "Pemilihan syampu yang kaya dengan nutrisi juga dapat mengembalikan kelembutan rambut, sekali gus memberikan tekstur lebih sihat dan menawan," katanya.

Berikut adalah beberapa langkah mudah untuk diamalkan wanita, selain cara mengekalkan gaya segar terhadap rambut anda.

  • Bilas rambut
Seperti pakaian, rambut anda juga memerlukan kitaran bilas yang cukup untuk singkirkan kotoran dan minyak di kulit kepala. Penggunaan air panas dapat membuka liang rambut, sekali gus menghapuskan kotoran atau sisa produk terperangkap pada rambut.
  • Syampu daripada hujung akar
Anda perlu syampu rambut pada kulit kepala terutama di tengkuk. Cara terbaik mendapatkan buih daripada syampu adalah dengan melakukan cucian daripada akar ke hujung rambut. Rambut paling dekat dengan kulit kepala adalah rambut muda, manakala hujung rambut lebih tua dan biasanya paling kering serta rapuh.
  • Lebih lembut
Jangan gosok kulit kepala dan rambut anda terlalu kuat. Kekasaran menyebabkan kutikel rambut sensitif dan cepat rosak.Urut perlahan-lahan kulit kepala untuk merangsang peredaran darah di kepala. Ratakan syampu dari akar rambut hingga ke hujung rambut secara lembut.
  • Guna syampu secukupnya
Jangan guna syampu lebih daripada yang anda perlukan. Sekiranya rambut anda panjang, lebihkan sedikit kuantiti syampu untuk mendapatkan cucian sempurna.
  • Pelemput perapi
Amalkan penggunaan perapi rambut selepas mencuci terutama bagi wanita yang memiliki rambut melebihi paras bahu. Penggunaan perapi rambut dapat memberikan kelembutan dan mengawal kelembapannya. Rambut juga lebih licin dan bersinar.
  • Rambut cepat panjang
Amalkan diet seimbang dan tambahkan pengambilan protein serta nutrisi yang baik untuk rambut. Pengambilan hidangan seimbang juga dapat meningkatkan kesihatan rambut. Tambahan pengambilan seperti minya Omega-3
  • Pilih produk betul
Penggunaan bahan penjagaan rambut dan vitamin juga dapat membekalkan rambut sihat dan cantik. Pengambilan minyak ikan dapat tingkatkan penghasilan hormon yang merangsang pertumbuhan rambut.
  • Elak tekanan
Tekanan boleh menyebabkan rambut mula kusam dan hilang tarikan. Lindungi rambut anda daripada terdedah kepada pencemaran udara dan cahaya.
  • Pilih teknik dandanan
Suhu panas boleh merosakkan. Elak penggunaan pengering rambut terlalu kerap. Jangan kerap mengikat rambut atau sepit. Selepas menggunakan penyembur rambut, bilas dengan bersih.
  • Ramut ikal menawan
Rambut ikal yang dijaga rapi sebenarnya dapat memberikan keunikan kepada imej anda. Tambahkan tekstur rambut anda menggunakan produk khas untuk rambut ikal. Biarkan rambut kering secara semula jadi untuk mendapatkan tekstur rambut menawan.
Semoga entry Sakura kali ini berguna ya =)